PERTANDINGAN PROJECT BASED LEARNING PERINGKAT PKG CHUAH 2012

Pertandingan PBL ini telah dijalankan selama 3 hari bermula 1 – 3 Oktober 2012. Majlis Penutup telah dilaksanakan pada 4 Oktober 2012. Sebanyak 19 buah sekolah telah mempersembahkan projek mereka yang mana telah dihakimi oleh pegawai-pegawai teknologi pendidikan dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan. Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh En Awaluddin bin Hassan, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Port Dickson.

Advertisements