PERTANDINGAN PROJECT BASED LEARNING PERINGKAT PKG CHUAH 2012

Pertandingan PBL ini telah dijalankan selama 3 hari bermula 1 – 3 Oktober 2012. Majlis Penutup telah dilaksanakan pada 4 Oktober 2012. Sebanyak 19 buah sekolah telah mempersembahkan projek mereka yang mana telah dihakimi oleh pegawai-pegawai teknologi pendidikan dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan. Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh En Awaluddin bin Hassan, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Port Dickson.

READ 2012

Semua Guru Perpustakaan dan Media sekolah-sekolah diminta mengisi maklumat di http://www.readtogether.com.my untuk READ 2012. Untuk pengetahuan semua sekolah yang mendaftar akan menerima 50 buah buku bagi setiap sekolah yang mengambil bahagian. Pendaftaran perlu dilakukan selewat-lewatnya pada 30 September 2012. Sila muat turun dokumen berkaitan. Terima kasih.

KHIDMAT BANTU PUSAT SUMBER SEKOLAH DAERAH PORT DICKSON 2012

This gallery contains 9 photos.

Program tersebut telah dijalankan di SK Jimah (Sekolah Ahli PKG Chuah) selama 2 hari mulai 28 – 29 Ogos 2012. Khidmat Bantu adalah berfokuskan kepada menaiktaraf fizikal Pusat Sumber Sekolah disamping menyumbang khidmat kepakaran dalam pengisian data i-nilam dan iq-pss serta pelaksanaan Program Galakan Membaca di peringkat sekolah. Galakguna dan promosi pengintegrasian teknologi pendidikan dalam … Continue reading

SELAMAT HARI RAYA & SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN KE-55

Salam Sejahtera…

Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua Pengetua, Guru Besar, Guru-guru Penolong Kanan, guru-guru, murid-murid, staf-staf sokongan dan semua warga sekolah-sekolah ahli PKG Chuah. Maaf Zahir dan Batin.

Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan…bersama-sama lah kita menghayati kemerdekaan yang telah dikecapi selama 55 tahun…

 

STATUS PENGISIAN DATA SSQS SEHINGGA 15 OGOS 2012

Salam sejahtera…

Mohon kerjasama semua Guru Perpustakaan dan Media & Guru Penyelaras Bestari / ICT untuk bersama-sama memantau pengisian data secara atas talian di sekolah masing-masing. Sukacita diingatkan agar segera membuat pengisian data tersebut dan elakkan mengisi di saat-saat akhir. Berikut disertakan status pengisian data sehingga 11.17 a.m pada 15 Ogos 2012 (Rabu).